Private Trip The Transiberian Winter 2027
12 – 27 Januari 2027 (Selasa – Rabu) • 16 Hari 15 Malam

TRANS-SIBERIAN
WINTER EXPEDITION

Pengembaraan seumur hidup merentasi padang salji Siberia dari Ulaanbaatar (Mongolia) ke Moscow & Kazan, menyelusuri Tasik Baikal beku, hingga ke utara Artik memburu Aurora Borealis di Murmansk.

3 Perjalanan Tren Laluan Trans-Mongolian & Trans-Siberian
Frozen Lake Baikal Tasik tertua & terdalam
Aurora Hunting Murmansk & Igloo House
Laluan Ekspedisi 2027

Rentasi Benua Dari Steppe Mongolia ke Wilayah Artik Rusia

Satu laluan epik yang menggabungkan sejarah empayar nomad Mongolia, perjalanan kereta api legenda terpanjang di dunia, keajaiban ais kristal Baikal, kemegahan seni bina Kazan & Moscow, dan malam magis memburu Aurora di Murmansk.

01

Kuala Lumpur

Pelepasan KLIA & permulaan misi

02

Ulaanbaatar

Genghis Khan, Terelj & Helang Kazakh

03

Irkutsk & Baikal

Ais beku kristal & Listvyanka

04

Trans-Siberian

Perjalanan rel 60 jam merentas Siberia

05

Kazan & Moscow

Kremlin, Masjid Qul Sharif & Red Square

06

Murmansk & Arctic

Rumah Igloo & Memburu Aurora

Pengalaman Istimewa

Apa Yang Menanti Anda di Musim Sejuk 2027?

Bukan sekadar melancong, ini adalah kembara eksplorasi yang sukar dicari ganti.

Ais Kristal Tasik Baikal

Ais Kristal Tasik Baikal

Lawatan sehari ke Listvyanka untuk menikmati keindahan musim sejuk Tasik Baikal yang membeku, tertakluk kepada cuaca dan keadaan pembentukan ais semasa.

  • Lawatan ke Tasik Baikal di Listvyanka
  • Panorama tasik beku dan musim sejuk
Kereta Api Trans-Siberian

Kereta Api Trans-Siberian

Rasai pengalaman perjalanan kereta api merentasi pedalaman Siberia dari Irkutsk ke Kazan dalam kabin kelas kedua jenis 4-berth yang dikongsi empat orang.

  • 3 perjalanan kereta api utama
  • Khidmat porter bagasi di stesen kereta api Rusia
Memburu Aurora & Igloo Stay

Memburu Aurora & Igloo Stay

Terbang ke Murmansk dan menginap selama 2 malam di rumah igloo. Nikmati lawatan sehari ke Teriberka serta berpeluang memburu Aurora Borealis pada waktu malam.

  • 2 malam di Igloo House, Murmansk
  • Ekspedisi memburu Northern Lights pada waktu malam
Tradisi Nomad & Kazan

Tradisi Nomad & Kazan

Terokai Kompleks Patung Genghis Khan, nikmati aktiviti menunggang kuda, kunjungi perkampungan Kazakh dan bergambar bersama burung helang sebelum meneruskan perjalanan ke Kazan untuk melawat Masjid Qul Sharif.

  • Taman Negara Terelj & perkampungan Kazakh
  • Kazan Kremlin & Masjid Qul Sharif
Jadual Lengkap 16 Hari

Aturcara Perjalanan Hari Demi Hari

Setiap perjalanan disusun dengan teliti bagi memberikan keseimbangan antara eksplorasi, keselesaan dan waktu rehat yang mencukupi.

01HARI
Selasa, 12 Jan 2027

KUALA LUMPUR

Bertolak dari KLIA menuju Ulaanbaatar.

02HARI
Rabu, 13 Jan 2027

ULAANBAATAR

Tiba di Ulaanbaatar. Daftar masuk hotel dan berehat.

03HARI
Khamis, 14 Jan 2027

ULAANBAATAR

Lawatan ke Taman Negara Gorkhi-Terelj, Kompleks Patung Genghis Khan, aktiviti menunggang kuda, perkampungan Kazakh dan sesi foto bersama burung helang.

04HARI
Jumaat, 15 Jan 2027

ULAANBAATAR - IRKUTSK

Lawatan bandar Ulaanbaatar selama tiga jam. Sekitar 12:00 tengah hari bertolak ke stesen; menaiki tren ke Irkutsk sekitar 3:00 petang.

05HARI
Sabtu, 16 Jan 2027

IRKUTSK

Tiba di Irkutsk sekitar 3:00 petang. Daftar masuk hotel dan berehat.

06HARI
Ahad, 17 Jan 2027

LISTVYANKA & LAKE BAIKAL

Lawatan sehari ke Listvyanka dan Lake Baikal yang membeku. Bermalam di Listvyanka.

07HARI
Isnin, 18 Jan 2027

IRKUTSK - KAZAN

Kembali ke Irkutsk dan mengikuti lawatan bandar. Menaiki tren ke Kazan sekitar 6:00 petang; perjalanan lebih kurang 60 jam.

08HARI
Selasa, 19 Jan 2027

DALAM TREN

Perjalanan Trans-Siberian merentasi Rusia menuju Kazan.

09HARI
Rabu, 20 Jan 2027

DALAM TREN

Meneruskan perjalanan Trans-Siberian menuju Kazan.

10HARI
Khamis, 21 Jan 2027

KAZAN

Tiba di Kazan sekitar 4:00 petang. Daftar masuk hotel dan berehat.

11HARI
Jumaat, 22 Jan 2027

KAZAN - MOSCOW

Lawatan ke pasar tempatan, Tatar Village, Puppet Theatre, Kazan Kremlin, Masjid Qul Sharif, Palace of Agriculture, Kazan Family Center, Kaban Lake dan Old Tatar Settlement. Menaiki tren ke Moscow sekitar 6:00 petang.

12HARI
Sabtu, 23 Jan 2027

MOSCOW

Tiba sekitar 6:20 pagi. Sarapan dan lawatan Moscow Metro, Red Square serta Arbat Street.

13HARI
Ahad, 24 Jan 2027

MOSCOW - MURMANSK

Penerbangan pagi ke Murmansk, anggaran 9:25 pagi hingga 12:15 tengah hari. Bergerak ke Aurora Village dan memburu aurora pada waktu malam.

14HARI
Isnin, 25 Jan 2027

TERIBERKA

Lawatan sehari ke Teriberka. Aktiviti memburu aurora pada waktu malam.

15HARI
Selasa, 26 Jan 2027

MURMANSK - MOSCOW

Masa bebas dan berehat. Daftar keluar sekitar 10:00 pagi. Penerbangan ke Moscow sekitar 1:15 petang dan tiba sekitar 3:40 petang. Menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

16HARI
Rabu, 27 Jan 2027

KUALA LUMPUR

Tiba di Kuala Lumpur. Tamat perjalanan.

*Jadual tertakluk pada perubahan waktu penerbangan, tren, cuaca dan operasi tempatan.

Detail Pakej & Kos

Trans-Siberian Winter Edition 2027

Ekspedisi Kumpulan Kecil • 12 – 27 Januari 2027 • 16 Hari 15 Malam

Edisi Eksklusif 2027

TRANS-SIBERIAN WINTER 2027

RM 17,900 / orang (Ground Cost)
Kumpulan Kecil: 12 – 15 Pax Sahaja 12 – 27 Januari 2027

INCLUDED

  • 3 train journeys from Ulaanbaatar to Moscow - second-class cabin, shared 4-berth
  • Return domestic flight Moscow - Murmansk with 23 kg luggage
  • 3- and 4-star hotels with twin-sharing rooms
  • 2 nights in an igloo house in Murmansk, twin sharing
  • Porter service at every station in Russia
  • Comfortable private transport for land tours
  • Russian local guide for sightseeing
  • All entrance tickets, activities and tips
  • Tour leader from Malaysia

EXCLUDED

  • Return air tickets: Kuala Lumpur - Ulaanbaatar and Moscow - Kuala Lumpur
  • Russia visa
  • Russia travel insurance
Panduan Disediakan: Pihak kami akan menyediakan panduan lengkap serta bantuan nasihat bagi pembelian tiket penerbangan antarabangsa dan urusan dokumen permohonan visa.
Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi