Banjaran Andes
Panorama gunung, tasik dan landskap luas Patagonia yang menjadi impian pengembara seluruh dunia.
Kembara kumpulan kecil merentasi landskap paling dramatik di Amerika Selatan—daripada kota bersejarah hingga glasier, tasik biru dan banjaran Andes.
Patagonia bukan destinasi yang mudah dirancang sendiri. Jaraknya jauh, perjalanannya melibatkan beberapa bandar dan urusan logistiknya memerlukan penyelarasan yang teliti. Trip ini disusun untuk anda yang mahu menikmati pengalaman tersebut bersama kumpulan kecil dan panduan yang jelas.
Gabungan alam semula jadi, pengalaman rentas negara dan detik perjalanan yang sukar diperoleh melalui trip biasa.
Panorama gunung, tasik dan landskap luas Patagonia yang menjadi impian pengembara seluruh dunia.
Menyaksikan sendiri keindahan glasier dan kawasan taman negara yang ikonik di selatan Argentina.
Menjejak Ushuaia, bandar yang dikenali sebagai antara pintu masuk paling selatan di dunia.
Merasai karakter Santiago, Buenos Aires dan São Paulo dalam satu perjalanan yang sama.
Terhad kepada sekitar 12–15 peserta untuk perjalanan yang lebih teratur dan mudah diurus.
Perjalanan pelbagai destinasi disusun supaya anda boleh memberi fokus kepada pengalaman, bukan kerumitan logistik.
Laluan perjalanan adalah tertakluk kepada itinerary, jadual penerbangan, cuaca dan keadaan operasi semasa.
Lihat perjalanan lengkap dari hari pertama hingga pulang ke Kuala Lumpur. Susunan dan waktu adalah anggaran serta tertakluk kepada perubahan operasi.
Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penerbangan dengan pesawat Turkish Airlines atau Qatar Airways. Secara keseluruhan, penerbangan akan mengambil masa sekitar 34 jam termasuk transit
Transit sama ada di Istanbul atau Doha, sebelum menyambung penerbangan ke Santiago, Chile.
Dijangka tiba di Lapangan Terbang Arturo Merino Benitez pada jam 10 pagi. Selesai proses imigration dan bagasi, terus ke hotel penginapan dan berehat.
Hari ini, kita akan memulakan aktiviti mengenali dan memahami sejarah kota Santiago. Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi dengan morning walk di kawasan bersejarah Plaza der Armas. Kemudian akan ke kawasan Central Market. Selepas lunch akan singgah di Masjid Assalam sebelum merasai pengalaman menaiki cable car ke San Christobal Hills untuk melihat pemandangan kota Santiago dari atas
Hari ini akan memulakan perjalanan ke wilayah Patagonia. Kita akan menaiki penerbangan ke Puntas Arena. Penerbangan akan mengambilmasa 3 jam 30 minit. Sebaik tiba di Puntas Arenas, akan menyambung perjalanan dengan minibus. Perjalanan sejauh 220km akan mengambil masa sekitar 3 jam dengan beberapa hentian tandas.
Aktiviti hari ini ialah meneroka keindahan Taman Negara Torres Del Paine. Perjalanan akan bermula seawal jam 7 pagi. Melalui Route 7, kita akan stop bergambar di beberapa spot cantik seperti Laguna Amarga, Cascada Rio Paine, Mirador Nordenskjold. Paling menarik, kita akan berkelah makan tengah hari di camp site berdekatan dengan Peho Lake berlatarbelakangkan puncakTorres del paine. Jam 4 petang akan memulakan perjalanan pulang ke Puerto Natales dengan seribu kenangan manis
Hari ini, kita akan melintasi negara Chile dan menuju ke negara Argentina pula. Dari kota Puerto Natales menuju ke El Calafate, salah satu kota dalam wilayah Patagonia, tapi di bawah kedaulatan negara Argentina. Jarak antara kedua kota ini ialah280 km dan perjalanan menggunakan bas awam yang seelsa dengan kemudahan tandas turut disediakan. Perjalanan akan mengambil masa sekitar 6-7 jam kerana akan melakukan 2 hentian imigration. Dijangka tiba di El Calafate sekitar jam 3 petang.
Hari yang paling mencabar. Hari ini kita akan merasai pengalaman melalui sebahagian laluan Route 40, iaitu salah satu jajaran yang terdapat dalam Pan Amerika Highway sejauh 17000 km dari Alaska hingga ke Ushuaia. Tetapi destinasi kita adalah ke pekan dengan status Unesco, El Chalten. Jarak di antara kedua bandar ini ialah 215 km dengan pemanduan sekitar 3 jam sehala. Dan di El Chalten, kita akan lakukan aktiviti trekking ( 4 km sehala) untuk yang berkemampuan untuk menyaksikan keindahan Fitz Roy dari jarak dekat. Lebih menarik, kita akan turut berkelah sambil menikmati makan tengah hari di hadapan Capri Lagoon, berlatar belakangkan Fitz Roy. Kepada yang tidak trekking, ada cafe di bahagian bawah dan boleh bersiar-siar di kampung El Chalten. Jam 4 petang, akan kembali semula ke El Calafate
Aktiviti hari ini ialah kita akan ke satu tempat yang ditunggu-tunggu untuk mereka yang berkunjung ke Patagonia iaitu melihat Glacier dari jarak dekat,
Glacier Perito Moreno ini ialah Glacier yang ketiga terbesar di dunia selepas Antartika dan Greenland.
Dari El Calafate, perjalanan ke Los Glaciares National Park akan mengambil masa 1 jam 30 minit dengan jarak 80 km.
Sebaik melewati pintu masuk, kita berpeluang berjalan di atas platform kayu untuk melihat glacier dengan ketinggian 70 meter dari jarak dekat. Kemudian, kita berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi dengan menaiki Safari Nautico iaitu menaiki bot selama 1 jam dan jika bernasib baik, dapat melihat sendiri runtuhan glacier di depan mata. Untuk mereka yang inginkan suasana lebih ekstrem, boleh sertai aktiviti Mini Trekking.
Jam 3 petang, akan kembali ke ElCalafate dan masa terluang boleh digunakan untuk membeli belah.
Half day jalan-jalan di pekan El Calafate. Bandar ini cuma didiami oleh 28,000 orang sahaja. Tarikan utama ialah pintu masuk untuk ke Perito Moreno Glacier. Sangat selamat untuk berjalan kaki. Cenderahati cantik-cantik boleh di dapati sepanjang Avenida del Libertador.
Cuma, kedai makan halal tiada, tapi seafood ada.
Jam 12 tengah hari akan check out dan bertolak ke lapangan terbang untuk ke bandar terakhir di Patagonia iaitu Ushuaia. Penerbangan domestik cuma mengambil masa 1 jam 20 minit sahaja
Hari ini program agak padat. Seawal jam 7 pagi, kita akan memulakan program menaiki tren end of the world. Tren dengan laluan sepanjang 8 km ini untuk kita melihat dengan lebih dekat Taman Negara Tierra del Fuedo. Kemudian, aktiviti akan diteruskan dengan kunjungan ke dalam Taman Negara dengan pelbagai keindahan flora dan fauna. Sekitar jam 1 petang, berehat untuk makan tengah hari sebelum menyambung aktiviti pelayaran di Beagle Channel selama 5 jam. Aktiviti dijangka habis jam 6 petang.
Half day jalan-jalan di bandar Ushuaia. Bandar yang menerima jolokan City End of the World kerana tiada lagi bandar selepas kota ini. Jarak antara bandar ini dengan Antartika cuma 1000 km sahaja dan bandar ini merupakan pintu masuk untuk mereka yang ingin ke Antartika. Untuk mereka yang inginkan cenderahati kenangan, ada banyak kedai di sepanjang San Martin Avenue. Jam 11 pagi, check out dan menyambung penerbangan ke kota Buenos Aires. Penerbangan ke Buenos Aires akan mengambil masa 3 jam 30 minit
Program hari ini agak santai. Bersiar-siar di kota kosmopolitan Buenos Aires. Kota ini diasaskan pada tahun 1536 oleh Pedro de Mendoza tetapi hanya pada tahun 1580 ia ditubuhkan secara rasmi. Populasi di sini sekitar 15 juta orang menjadikan ia antara bandar terbesar di Amerika Selatan.
Tumpuan kunjungan adalah ke Plaza de Mayo, di mana terdapat Casa Rosada iaitu istana presiden berwarna pink. Kemudian, kunjungan akan ke wilayah lama San Telmo, di mana anda dapat melihat tarian tradisional Tango tanpa apa-apa bayaran. Buenos Aires dan bolasepak tidak dapat dipisahkan, jadi kita akan meneroka ke kawasan berwarna warni La Boca yang turut menempatkan stadium lagenda Diego Maradona bersama pasukan Boca Juniors. Dari sini, kita akan singgah makan tengah hari di satu-satu restoran halal sebelum ke King Fahd Islamic Complex. Lawatan berakhir dengan kunjungan ke Puerto Madero ( jika masa mengizinkan)
Hari ini, kita akan meninggalkan seketika kota Buenos Aires untuk singgah di satu lagi negara iaitu Uruguay. Perjalanan ke sana akan menaiki feri menuju ke Sacromento de Colonia. Perjalanan akan mengambilmasa sekitar 1 jam 15 minit sahaja
Sacromento de Colonia ialah sebuah kampung tinggalan penjajah Portugis yang mendapat pengiktirafan Unesco dan kini di bawah negara Uruguay. Antara tarikan menarik di sini ialah senibina bangunankolonial yang menawan, jalan batu yang klasik dan pemandangan tepi laut Rio de la Plata yang cantik.
Jam 3 petang, kita akan meninggalkan Colonia menuju ke Montevideo. Jarak antara kedua bandar ini ialah 61 km tetapi mengambil masa hampir 3 jam perjalanan
Hari ini kita akan berjalan-jalan santai di kota Montevideo. Montevideo adalah ibu negara Uruguay dan diasaskan pada tahun1724 oleh Bruno Mauricio de Zabela, seorang gabenor Sepanyol. Populasi kota ini cuma 1.3 juta orang, antara kota terkecil di benua Amerika Selatan.
Sepanjang hari ini, kita akan memberi tumpuan kepada kawasan Old town ( Ciudad Vieja), di mana terdapat beberapa monumen cantik dan bersejarah di sini seperti Plaza Independencia, Palacio Salvo, Teatro Solis dan Puerta de la Ciudadela yang merupakan pintu gerbang dari zaman penjajahan Sepanyol.
kemudian, akan menikmati pemandangan laut di sepanjang La Rambla sepanjang 22 km. Selepas makan tengah hari, akan berehat santai di Barrio Pocitos, kawasan moden dengan pantai yang cantik. Selepas solat di Pusat Islam, akan kembali ke terminal feri untuk pulang ke Buenos Aires
Selepas sarapan pagi, akan meninggalkan Buenos Aires menuju ke satu lagi tarikan dalam trip ini iaitu Iguazu Falls. Pernerbangan ke Puerto Iguazu akan mengambilmasa sekitar 2 jam.
Sebaik tiba, akan terus menikmati makan tengah hari dahulu sebelum ke Iguazu falls.
Dijangka akan berada di dalam kawasan air terjun selama 2-3 jam.
Jam 5 petang akan check in hotel dan rehat
Hari ini kita akan check out dan akan menuju ke kawasan sebelah Brazil. Jam 10 pagi, kita akan mulakan lawatan ke Iguazu Falls Brazil dengan merasai pengalaman menaiki bot ( optional) untuk merasai air terjun dengan lebih dekat. Kemudian, akan explore Iguazu Falls dengan berjalan kaki melalui platform yang telah disediakan.
Jam 2 petang akan singgah ke Masjid Saidina Omar dan lunch di sana. Selepas itu akan check in hotel dan rehat seketika.
Jam 5.30 petang, akan ke Tres Fronteras untuk menyaksikan persembahan budaya dan matahari terbenam di lokasi sempadan 3 buah negara.
Hari ini selepas check in, kita akan ke helikopter Tour ( untuk mereka yang hendak melihat keindahan Iguazu Falls dari udara). Kemudian, akan mengikuti tour ke Itaipu Damm di negara Paraguay.
Tamat tour, akan menikmati makan tengah hari sebelum ke lapangan terbang untuk menyambung penerbangan ke Sao Paulo. Berehat dan bermalam seketika di Sao Paulo
Hari terakhir dalam trip The Majestic Patagonia. Peserta ada pilihan sama ada untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada hari ini atau menyambung 1 hari lagi untuk jalan-jalan di Sao Paulo. Ada 2 jadual penerbangan sama ada jam 4 petang atau 4 pagi keesokan harinya.
Menyambung penerbangan ke Kuala Lumpur dari Istanbul. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 10 jam.
Sekitar jam 6.35 pagi, dijangka tiba di Kuala Lumpur International Airport
seorang • tertakluk kepada terma dan pengesahan semasa
Anda tidak sekadar menerima senarai destinasi. Pihak Poji Stori akan memberikan penerangan lanjut tentang perjalanan, persediaan dan perkara penting sebelum anda membuat keputusan.
Isikan maklumat di bawah dan pihak kami akan hubungi anda semula.
↓